Friday, August 5, 2011

Dugaan Puasa Hari Keempat !


Ohh sungguh aku tak sangka dari hari pertama puasa sampai puasa ke-4 aku ni sentiasa dilanda cabaran dan dugaan yang tak pernah aku lalui . Hmm tanpa mengeluh aku cuma menganggapnya sebagai satu pengalaman baru untuk aku ! Bukan degil tetapi aku ni tatau lah nak cakap macamane kan memang buat benda nak last minute . Semalam aku dan 3 orang kawan nak print assignment semata-mata nak dapatkan harga murah kami pergi sampai ke Bangi tau dak? nak katakan murah , hmm sama jeh kot -.- memang time print tu tiba masa turn aku punya kertas printer buat hal pulaa dekat kedai tu . Ohhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh ---- tidak mengapa lah. ketika itu waktu sudah menjangkau pukul 2 dan pukul 2 itulah waktu kelas bermula dan kami masih di Bangi . Disebabkan kami kekurangan masa , so si driver membawa keretanyaa dengan menekan paddle minyak sehabis mungkin dan sehampirnya kami dengan MMU ketika itu kami di perhentian traffic light berhampiran MMU , kereta yang kami naiki buat hal . Temperature heat ! kereta mati sendiri ! Enjin panas ! memang kami agak panik ketika itu pada awalnya dan aku masih anggap itu sebagai pengalaman baru untuk aku jadi aku tabahkan diri untuk mengharunginya.

Pada petangnya , aku begitu gembira ingin pulang ke rumah dan tidak sabar untuk aku menaiki bas . Ketika dalam perjalanan , aku tidur . Tiba-tiba aku bangun dari tidur , semua orang dalam bas segera keluar dan keadaan dalam bas ketika itu berasap . Asap yang amat tebal dan aku adalah orang terakhir yang keluar dari bas itu . Aku agak panik ketika itu , tidak mengetahui apa yang terjadi sebenarnya dan semua orang kelihatan takut melihat kejadian itu . Selepas turun dari bas , kami semua menapak di bahu jalan dalam keadaan hujan ketika itu dan kami semua basah kuyup termasuklah aku dengan membawa 3 buah beg kiri dan kanan bahu aku . aku menangis di dalam hati , alangkah malangnya nasib aku ketika itu . Aku toleh ke belakang melihat keadaan bas , sungguh tak percaya dan langsung tidak nampak jalan kerana asap-asap tebal telah menutupi keadaan jalan raya . Perasaan takut ketika muncul dalam hati aku ! Aku hanya memikirkan keadaan bas itu adakah ianya akan meletup atau tidak ? jarak kami dengan bas itu lebih kurang 500m dan aku sentiasa dalam keadaan berhati-hati ketika itu . Bayangkan keadaan aku yang kecik ini membawa 3 buah beg yang berat sambil dihujani tanpa mengira erti belas kasihan dan diperhati oleh kenderaan-kenderaan yang lalu sambil melihat keadaan kami . tidak termasuk dengan lori-lori dan bas-bas lain yang hon kami di tepi bahu jalanraya . Ohhhhhhhhh nasib ! Aku merasakan kesejukan yang terlampau pada malam itu sehinggakan ke tulang dan bibir aku pun menggigil kesejukan. Hampir 30 minit kami menunggu bas bantuan ! Hanya nafas lega yang aku lelahkan setibanya bas bantuan tiba dan aku sekali lagi menjadi orang terakhir yang menaiki bas tersebut . Malang lagi , tiada tempat untuk aku duduk dan terima kasih kepada seorang wanita cina ini yang sudi memberikan tempat duduk kepada aku . Aku menanyakan kepada diriku , adakah ini dugaan aku ketika bulan puasa ? adakah dugaan ini akan sentiasa menyelubungi diri aku sepanjang bulan puasa ini ? Aku hanya menganggapnya sebagai satu pengalaman baru yang mencabar bagi aku dan aku tidak mungkin akan melupakan detik-detik itu , aku pasti. Ohhhhhhh nasib !

- ahmad anwar -


No comments:

Post a Comment