Saturday, July 2, 2011

Sempat ke ?


" Masa sentiasa bergerak kali ni dengan lajunya bergerak meninggalkan aku sorang-sorang dibelakang . Masa semakin suntuk bagi aku untuk uruskan segala hal yang telah sedia membebani aku selama ni . Ohhh masa ! alangkah bagusnya jika kau benarkan untuk aku patah balik masa aku sebelum-sebelum ni . Untuk aku jadi seperti Doraemon oh barangkali tidak , tidak. Jadi diri aku ni seolah-olah manusia yang tidak menghargai masa kerana masa itu emas . Selalu masukkan peribahasa ni dalam karangan tapi langsung tidak praktikkan apa yang ditulis . Itulah manusia sejagat ! Sungguh menyesal aku memikirkannya dan aku amat rugi . Amat-amat rugi ! Hendak aku menangis memikirkan masa yang telah meninggalkan aku seperti perbuatan sia-sia . Masa yang lepas tidak akan muncul semula . Jauh disudut hati aku berazam hendak berubah tetapi fizikal aku yang seolah-olah dikawal oleh satu organisma jahat membataskan aku melakukan segalanya . Sampai bila ? sampai bila nak jadi macam ni ? Menangislah menangis kau sekuat mana pun , masa yang lepas tidak akan datang muncul depan mata kau , yang tinggal hanya memori didalam kepala otak kau . Fikirkanlah wahai manusia , fikir ! "


Aku rasa aku dah kesuntukkan masa untuk aku siapkan tanggungjawab aku untuk dihantar isnin ni . Sangat cuak , risau dan gementar selebungi aku sepanjang hari ni , gentle aku tak tipu . Aku berdoa kepada Allah agar aku sempat untuk siapkan assignment aku ni pada esok hari , insyaallah !

- ahmad anwar -



No comments:

Post a Comment