Friday, August 26, 2011

Sabar Jelaaaa


Haihh apa lah malang betul perasaan aku malam ni . Aktiviti fb malam ni yang berkaitan comment dekat wall aku menyakitkan hati lahh but seriously apa yang aku tulis ni aku tuju dekat orang-orang yang berkaitan sahaja . harap maaf bagi sesiapa yang terasa but seriously itu bukan merujuk kepada anda-anda semua , biarlah antara aku dengan tuhan saja yang tahu . hal-hal sensitif ni kalau nak dibawa gurau boleh tapi agak-agak lah and tengok keadaan jangan pakai hembusss jeh . Dah lah malam ni aku rasa macam dikelilingi orang yang annoying je , tambah pula kau buat hal pehh memang minta lahh kan . terus tade mood saaaak tadi ! tapi nasib baik lahh aku fikir panjang , fikirkan kau ni memang kawan aku so sabar jelahh dengan perangai kau yang entah kenapa malam ni sangat membustedkan aku ! Haaaihh aku malas nak simpan perasaan macam ni lama-lama makin menyakitkan hati . sebagai seorang kawan , aku maafkan kau lahh. apa yang kau tulis tu semua tadi aku anggap macam tak pernah berlaku lah , kayy ? selagi aku boleh tersengih tersenyum , itu dah kira okaylah ea lagipun dah nak raya ni kan tak baiklah nak makin hamun semua , rasa macam bodoh je . Aku pun nak minta maaf dengan kau , sekian . selamat hari raya aku ucapkan untuk kau sahabat :)

- ahmad anwar -


No comments:

Post a Comment